About Me

pimpin diri mengikut tauladan yang baik..dan diriku adalah aku...no hipokrit..

Saturday, March 9, 2019

BUKU TIADA MOTIVASI BAB 1 - TIADA SINARAN


Hari ini aku berjalan lagi meneruskan episod kehidupan yang tidak bertuju. Sepertinya aku tidak tahu lagi arah mana yang harus ditempuh. Tangan ku kosong, kaki ku lenguh melangkah. Tiada daya dan upaya yang memaksa aku menghayunkan langkah lagi. Aku bertungkuh, termanggu ditepian jalan sambil mengutip butir-butir batu dijalanan. Ku lontar batu-batu itu di tepi denai sambil merenung nasib kehidupan. Mata binar ku hanya mampu merenung kosong dan hambar. Hidup seperti terlalu menyakitkan jiwa raga ku. Aku binggung dalam mencari jalan keluar, meskipun sudah tiada jalan lagi yang ku  lihat di hadapan. Siapa aku yang layak untuk menyalahkan takdir illahi?? Iya, aku yang salah kerana salah memilih takdir sendiri ataupun sesungguhnya ini sudah tertulis untuk ku. Sakit! Itulah perasaan yang sedang mencucuk-cucuk jiwa raga ku. Aku tidak dapat menerima takdir ini.. Aku tidak suka takdir ini!!
Matahari dan bulan bersilih ganti menerangi bumi. Matahari yang bersinar seolah memberi harapan baru pada jiwa-jiwa manusia yang masih hidup, lalu di malam hari bulan muncul seolah menyuruh manusia berehat dari kepenatan di siang hari. Aku berfikir, sungguh hebat ciptaan Allah Azza Wa Jalla. Menciptakan matahari dan bulan yang bergerak dan berganti shift tanpa mengeluh. Tidak terbayang dimindaku bagaimana andai sesuatu ketika Matahari berdegil untuk tidak mahu muncul di siang hari dan bulan pula tidak mahu lagi bersilih ganti dengan Matahari. Langit pula protes tidak mahu turunkan hujan, laut pula mengamuk tidak membenarkan nelayan mencari ikan. Oh, tidak terbayang oleh dek akal.
Dunia juga mungkin pernah merasa sakit dan lelah seperti ku. Namun, ketaatan mereka kepada Sang Pencipta membuatkan mereka menafikan segala perasaan dan kelelahan mereka. Sedangkan jauh sekali dengan diri ku. Aku leka di saat semua yang aku mahu, aku dapati dengan mudah. Aku lupa pada Sang Pencipta, lupa kewajipanku terhadapnya, hilang ketaatanku sebagai seorang hamba. Lalu, saat dunia seperti membeci ku, hidupku menjadi sempit, manusia mulia mula memandang ku hina, aku seperti hilang dari radar. Aku masih lupa pada Sang Pencipta. Aku mendongak ke langit mendabik dada mempersoalkan segala kesusahan yang menimpaku. Seolah-olah aku lah insan termulia yang tidak selayaknya dihukum sedemikan rupa.
Kekosongan jiwa di saat ini, membuatkan aku berjalan longlai seperti insan yang lahir sebatang kara. Tiada lagi tempat berpaut, tiada lagi tempat mengadu. Ingin ku jerit sekuat hati ku, sehabis daya ku agar terlepas segala bebanan di jiwa raga ku. Namun, bukan itu kekuatan yang ku cari, bukan itu cara yang mampu melegakan dada ku yang seperti dihimpit sesuatu yang sangat menyakitkan.  Ranting-ranting kecil ku kutip dan ku himpunkan menjadi unggun api. Aku cukup teruja saat melihat api kecil mulai menyala dicelah-celah ranting lalu membesar memberi kehangatan dalam tubuh ku. Senyumanku tanpa sedar terukir, seolah terubat sedikit keresahan. Api yang menyala seperti memberi harapan pada diri, bahawa ada sinar di hadapan yang bakal menyinari.
Langit tak selamanya cerah, hujan tak selamanya turun. Dalam hidup tak semuanya indah, pasti adakalanya seperti diruntun badai. Namun, selagi hati masih hidup jiwa masih bernyawa, kehidupan ini tetap perlu diteruskan. Pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul” mengingatkan aku pada seorang wanita. Wanita ini merupakan ibu bagi lima orang anak yang masih kecil dan muda. Wanita ini sangat kuat dan tabah, 5 tahun bertarung dengan nyawa melawan kesakitan yang luar biasa. Beliau berdepan dengan penyakit yang seolah menjanjikan kematian dalam waktu yang singkat. Namun, wanita ini tetap kekal memberikan senyuman dan kasih sayang kepada semua orang yang melihatnya. Jarang sekali merungut, malah makin bersyukur atas segala yang diberikan. Nikmat yang ada, dihargai secukupnya. Selagi masih bernyawa selagi itu berbuat baik untuk keluarga. Kekuatan yang luarbiasa ini hanya mampu dirungkai dari mata luaran. Namun, kekuatan dalaman dari jiwa yang kuat dan hati yang besar, pasti tiada siapa yang mampu untuk selami.
Setiap insan yang lahir ke dunia punya kisah sendiri, pastinya mempunyai seribu satu kisah suka dan duka. Islam sendiri sangat suka menceritakan kisah-kisah terdahulu yang cukup menginspirasikan. Sepertimana kisah Nabi Ayyub yang diuji dengan kesakitan bertahun-tahun, kehilangan harta kekayaan serta isteri tersayang. Bagaimana dikisahkan tetang ketabahan dan kesabarannya saat diuji, malah baginda sentiasa bersyukur dan mengingati Tuhan. Kisah-kisah sebegini dipahatkan dalam pena untuk teladan manusia hingga ke akhir zaman agar kita manusia yang lemah sentiasa mendapat kekuatan daripada kisah-kisah ini. Terkenang pula kisah anakanda tersayang Rasulullah s.a.w yang bernama Saidatina Fatimah Az-zahra. Kisahnya sangat menyentuh hati, meskipun merupakan seorang anak kepada insan termulia, namun hidupnya tidak pernah bermewah-mewah. Tangan dan kudratnya digunakan sepenuhnya untuk menghidupkan keluarga dan perjuangan demi agama. Walaupun hidup susah, Saidatina Fatimah tidak pernah mengeluh kepada siapa-siapa bahkan ayahandanya sendiri .
Sampai satu ketika Rasulullah sendiri melihat kesusahan yang dilalui Saidatina Fatimah, ketika itu saidatina Fatimah baru sahaja mengesat air matanya daripada kelihatan oleh baginda s.a.w. Lalu, ayahandanya bertanya apakah yang membuatkan dirimu menangis wahai sang anak. Sedari penatnya Fatimah mengguli gandum, baginda lalu menghiburkan hati anakandanya dengan kata-kata yang menyenangkan. Sehingga Saidatina Fatimah tidak lagi bersedih hati dengan kesusahan dan kepenatannya mengurus rumahtangga.
Sungguh indah hidup dalam keimanan. Kesusahan di dunia hanya sementara, kesenangan di akhiratlah kekal abadi.  Sikap terpuji ini lah yang harus dicontohi oleh semua manusia hari ini.  Ramai hari ini, yang suka mengeluh dan menghebah-hebahkan keluhan. Perihal rumah tangga tidak lagi menjadi suatu aib yang dijaga rapi. Namun, lebih gemar untuk di kongsi kepada orang-orang sekeliling mahupun orang yang dikenali ataupun tidak dikenali. Makin pudar nilai malu dalam diri kita hari ini.
Aku terus menongkat dagu, masih merenung ke dalam api yang marak menyala. Cuba mencari kekuatan dari setiap relungan iktibar yang bermain diminda. Hati ku berdalih lagi, ya, aku tidak kuat lagi. Mencari kekuatan dalam kegelapan hati yang hitam seperti mecari cahaya yang tiada sumbernya. Hati ku sudah lama tenggelam dalam indahnya dunia. Mabuk dengan hiburan dan hawa nafsu yang membuak. Ku turuti jiwa mudaku, ku capai segala kemahuan ku. Sehingga satu saat, aku terdampar tidak berdaya. Satu ketukan ujian yang sangat besar, buat ku terngada seperti si buta yang tak bertongkat.
Kalam puitis meluahkan segala rasa, badai ombak di dada tiada surutnya. Hanya pemilik kata mampu menyalur rasa, meski dunia fana hanyalah persinggahan sementara, namun ianya dikejar seperti hilang separuh nyawa. Jelas terpahat dalam kalam mukjizat, dunia hanyalah ibarat separuh sayap nyamuk. Nilainya tiada, tidak pula dipandang manusia, tiada dipasaran, mahupun langsung tiada nilainya. Namun, manusia mengejarnya seperti mengejar gunung emas, demi membina sebuah mahligai. Meskipun, mahligai yang indah sudah dijanjikan di syurga sana bagi mereka yang mengejar kebahahagian di negeri abadi.
Sampai bila harus aku begini? Merenung nasib diri yang belum pasti. Membiarkan perasaan menguasai diri, minda kosong tak berisi, Jiwa bagai dilambung badai amukan diri.     Aku teruskan langkah ku lagi…


Saturday, May 5, 2012

Minggu Study

Alhamdulillah, segenap puji kehadrat Allah s.w.t,

herm... skrg mud study..
lupakan semua hal dunia,
sy nak kembali di jalan Allah,
sy sedar yg saya akhir2 ne, telah membiarkan diri dihanyut dgn angan2..

tpi, sebelum itu,
sy nak bgitahu, yg saya sebenarnya,
da malas nak fikir lagi soal hati,
sy tahu, yg ini semua adalah ujian,
sy kena bijak untuk mengawalnya, memandangkan ia adalah fitrah,
tambah2 pula, sy xpernah merasainya,
oleh itu, sy kena bnykkan bawa bersabar,
cinta pasti akan datang,
sy yakin, Allah sedang merancangkan yg terbaik buat sy,,
sy juga, sgt takut tersalah langkah..
sy takut sgt kecewa,
sy xpernah rasa sebegini, dan bila sy da jatuh hati,
biarlah ianya jatuh kepada insan yg benar2 berhak buat sy,
bukan hanya sekadar mainan dan gurauan,
sy impikan, hanya seorg shj yg berhak untuk mendengar tiga perkataan yg bermakna dri sy.
dan, jika tidak keterlaluan, sy juga ingin menjadi yg pertama dlm hidupnya,
sbgimana dgn sy.
i want to be, the first n the last. ego x sy?? hehe.. 
xda la. sy, pun sedar yg sy xlayak untuk meminta yg bukan2.
Allah pasti lebih tahu yg terbaik buat sy.
then, lastly.....
sy nak study..
wahai syaitan, jgn hasut sy lagi,,
sy xnak da layan perasaan.huhu

Wednesday, November 9, 2011

Episod 1 Air Mata Kasih

'sebulan bagaikan seribu bulan, hari terasa terlalu lama untuk meninggalkan diri. pangkat, seolah-olah memperbodohkan diri. Kini, aku sudah menjadi hamba, hamba kepada duniawi. Aku tidak lagi seperti, aku yang dulu...'

Angin yang sejuk menerpa ke mukaku. 'Aduh, seronoknya rasa angin ne... tetiba pulak teringat kenangan silam. Rasa macam baru ja semalam. Ish, tak sangka sungguh aku.dah .26 tahun bernafas di muka bumi ne, baru sekarang aku rasa kenikmatan angin yang sebenar, hehe'..

Perjalanan kehidupan memang pelik, ianya seperti dirancangkan khas untuk aku. Tak pernah pulak aku dengar orang yang memiliki kisah hidup yang sama..hehe.. adakah??..haha..mustahillah..

...............................................................
'Asslamualaikum Mak cik.. mak cik ada kat dalam ka??'. Aku mengetuk pintu rumah mak cik Mila. Mak cik ne jiran kami. Mak selalu ja bagi makanan dekat rumahnya, dan akulah yang menjadi postmannya..hehe..
walaupun mak cik Mila ada dua orang anak, dia tetap kelihatan seperti  sebatang kara sejak pemergian suaminya 2 tahun yang lalu. Kedua-dua anaknya telah berjaya dan memiliki kehidupan yang lagi enak. Tapi, kedua-duanya tak boleh pakai, sibuk memanjang sampai lupa dekat maknya yang da lama makin tua.. huhu.. insaf gak aku bila tengok nasib mak cik ne.. rasanya, kalo aku dah berjaya, mcm tu juga ka??

Thursday, October 27, 2011

Ketika Cinta Bertasbih

Alhamdulillah.. segala puji ana panjatkan kehadrtat Allah S.W.T atas segala kurnianya..
Hari ne, ana nak story sikit cerita tntng KCB..

Sudut Pandangan ana.
1. Cerita nya sangt menarik.Sebuah kehidupan islam yang indah.
2. Membuai jiwa remaja.
3. Kehidupan yang sangat berserah kepada Allah semata-mata.

huu... syok dapat tengok episod awl nya.hehe. sebenarnya bukan lah kali pertama ana tgk cerita ne. tp, da lama da.hehe.
cuma ulang balik ja..Bagi ana, cerita ini memberi sumber inspirasi dan sumber ketaqwaan yang baru. Setiap remaja yang sudah tiba masanya dan saat untuk diijab kabul, tidak perlulah merasa tergesa2 nak mencari jodoh.

Percaya akan janji Allah,itu sudah cukup sebenarnya. erm..sebenarnya ckit ja yg ana nak cerita hari ne..hehe..ne kira penutup post untuk bulan ne la yer..
Last but not least.. nak cari kembar khairul azzam la.hehe.. kembar sikap je..hehe.. insyaAllah..erm.crt soal jodoh2 ne, ana malas nak fikir.sbb,x fikit lg nak kahwin.so,xleh la nak fikir soal, siapa? skrg ne just doa n be the one who Allah love, and then, you will get the one, who give his love to Allah also. so, it will be fair right?.. ^_^...

Monday, October 24, 2011

BELAJAR ERTI TAWAKAL DARIPADA SEEKOR SEMUT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, hari ne ana nak ajak antum semua melihat kisah seekor semut pada pemerintahan Nabi Sulaiman as.

Di kisahkan bahawa Sulaiman Bin Daud adalah satu-satunya nabi yang mempunyai keistimewaan daripada Allah S.W.T sehingga dapat memahami bahasa binatang. Dengan kebesaran Allah S.W.T sewaktu Nabi Sulaiman menghimpunkan tentera-tenteranya yang terdiri daripada manusia, jin dan burung agar beratur dalam barisan, mereka telah melalui lembah semut, lalu berkatalah seekor semut:

‘Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari’.
Maka, tersenyumlah Nabi Sulaiman dan tertawa kerana mendengar perkataan semut tersebut. Lalu, bersyukurlah ia kehadrat Allah S.W.T atas segala nikmatnya. Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari ia bertanya kepada seekor semut:

‘Wahai semut! Berapa banyak engkau peroleh rezeki dari Allah dalam waktu 1 tahun?’

‘Sebesar biji gandum’. Jawab semut tersebut.

Lalu Nabi Sulaiman memberi semut tersebut sebiji gandum dan memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap setahun, Nabi Sulaiman membuka botol tersebut dan mendapati masih terdapat sebahagian biji gandum yang belum di makan.

‘Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?’ Tanya Nabi Sulaiman kepada semut tersebut.
Semut itu menjawab, ‘ Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah S.W.T. Dengan tawakal kepadanya, aku yakin bahawa dia tidak akan melupakanku. Namun, ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau ingat akan aku pada tahun berikutnya sehingga memperoleh sebiji gandum lagi. Lantaran itu, aku harus tinggalkan sebahagian bekal untuk tahun berikutnya.’

Meskipun Nabi Sulaiman kaya raya, namun kekayaannya terbatas dan yang maha kaya secara mutlak adalah Allah S.W.T semata-mata. Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Dan sebaik-baik tempat bergantung hanyalah kepada Allah S.W.T. Dan ini diketahui oleh seekor semut Nabi Sulaiman.

Begitulah kisah seekor semut yang berserah diri hanya semata-mata kepada Allah S.W.T. Subahanallah.. Namun, bagaimanakah dengan kita??
Justeru, masih wujudnya manusia yang kerap meminta pertolongan daripada jin dan melakukan amalan ritual yang hanya membawa kepada kesesatan. Allahualam. Semoga dengan kisah yang pendek ini, kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripadanya. InsyaAllah.

Sunday, October 23, 2011

DETIK AKHIR MENJELANG KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W

Assalammualaikum semua, pada episod awal ne, ana nak kongsi saat-saat akhir Rasulullah s.a.w menjelang kewafatannya. Sesungguhnya pemergian nabi junjungan kita yang mulia pasti memberi kesan pada jiwa2 yang sangat merindui baginda s.a.w. Selawat dan salam buat baginda serta ahli keluarganya.
Sahabat yang dikasihi Allah s.w.t, pada saat akhir baginda, baginda telah berkata kepada ahli keluarganya bahawa ajalnya bakal menjelang tiba. Seluruh ahli keluarga baginda berasa sangat sedih. Sehinggalah tiba hari-hari yang sukar buat baginda s.a.w. Baginda menanggung kesakitan selama 18 hari. Setiap hari baginda dikunjungi oleh ramai orang, sehinggalah ke hari isnin, iaitu hari kewafatan baginda s.a.w.

Pada hari terakhir sebelum menjelang kewafatan baginda, iaitu hari ahad, sakit baginda menjadi semakin serius. Ketika selesainya Bilal melaungkan azan, lalu menuju hadapan rumah Rasulullah, Rasullulah memanggilnya dan menyuruh Bilal memerintahkan Abu Bakar untuk mengimamkan solat jemaah. Setelah pergi, Bilal berasa teramat sedih sehingga menyatakan bahawa alangkah eloknya, andai ia tidak dilahirkan oleh ibunya. Lalu, menyampaikan perintah Rasulullah kepada Abu Bakar ra.

Abu Bakar ra. Yang melihat tempat solat rasulullah yang kosong, tidak dapat menahan perasaannya, lalu dia menjerit menangis lalu pengsan. Orang ramai di masjid menjadi bising sehingga didengari oleh Rasulullah. Lalu Rasulullah memanggil saidina Ali ra. Dan Abbas ra. Untuk membimbing baginda ke masjid. Baginda menunaikan solat dua rakaat, kemuadian melihat semua orang dan bersabda:

‘Ya ma’aasyiral muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya dialah penggantiku ke atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah s.w.t , kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari teakhirku di dunia ini’.

Pada keesokan harinya, Rasullulah dikunjungi malaikat maut. Allah mewahyukan malaikat maut supaya turun menemui rasulullah dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan menyuruhnya mencabut nyawa Rasulullah dengan lemah lembut. Dan seandainya Rasulullah mengizinkannya masuk, maka dia boleh masuk, andai tidak, hendaklah ia kembali sahaja.

Rasulullah yang menyedari ketibaan malaikat maut, menyuruh saidatina Fatimah untuk mengizinkannya masuk. Lalu, Rasullulah bertanya hajat malaikat maut, ianya menyatakan hajatnya untuk berziarah sekaligus untuk mencabut nyawanya. Rasulullah bertanya akan Jibril kecintaannya. Lalu Jibril datang dan duduk di sisi baginda.

Rasulullah bertanya, akan apa yang Allah sediakan untuknya. Pertanyaan nya diulang beberapa kali, sehinggalah Jibril menyatakan bahawa Allah mengharamkan syurga kepada semua nabi dan umat, sampai baginda dan umat baginda memasuki terlebih dahulu. Setelah itu, tenanglah hati Rasulullah s.a.w. Lalu, meyuruh malaikat maut mendekati baginda.

Di saat roh baginda sampai ke pusat, baginda berkata: Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.’ Mendengar ucpan itu, Jibril terus berpaling. Rasulullah bertanya: Wahai Jibril, tidakkah engkau suka melihat wajahku?. Jibril menjawab: ‘Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda yang sedang merasakan kesakitan maut?. Akhirnya roh yang mulia telahpun meninggalkan jasad rasulullah.

Daripada itu, dikisahkan dari Said Bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawa Mu’az bin Habal ra. Yang diutuskan oleh baginda s.a.w ke Negeri Yaman selama 12 tahun untuk mengajar telah bermimpi dikunjungi oleh seseorang, dan orang itu mengatakan ‘adakah kamu masih lena tidur Mu’az sedangkan Rasulullah telah berada di dalam tanah’.

Mu’az ra. Terkejut dan bangun menunaikan solat. Lalu, keesokannya dia didatangi mimpi yang sama. Dia yakin bahawa mimpi itu bukan mainan, lalu menjerit sekuatnya, sehingga didengar oleh sesetengah penduduk Yaman. Dia telah membuka mushaf dan terbaca ayat yang menyatakan bahawa setiap yang bernyawa pasti merasakan mati, dan rasulullah adalah seorang rasul, dan andai ia wafat adakah kamu akan berpaling. Mu’az menjerit dan pengsan kerana khuatir andai firasatnya benar. Lalu ia hendak pulang ke Madinah. Dalam perjalanan, ia terdengar suara yang menyatakan bahawa setiap yang benyawa pasti merasai mati. Lalu Mu’az mendekati suara itu. Setelah berjumpa, ia terus bertanya akan khabar Rasulullah. Orang itu, menyatakan bahawa baginda s.a.w telah meninggal dunia. Lalu Mu’az terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Setelah sedar dari pengsan, Mu’az mendengar laungan azan Bilal, dan menyambung seruan azan yang melaungkan nama Muhammad s.a.w, lalu ia pengsan sekali lagi. Bilal meyedarkannya dengan menyampaikan salam rasulullah kepadanya. Apabila ia datang berziarah ke rumah saidatina Fatimah ra. Fatimah ra. Menyatakan bahawa Rasulullah telah bersabda: Orang yang paling di antara kamu perihal halal dan haram ialah Mu’az bin Jabal, dia adalah kekasih Rasulullah s.a.w.’
Rasulullah juga telah meyuruh saidatina Fatimah untuk menyampaikan salamnya kepada Mu’az dan menyatakan bahawa ianya kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.


Begitulah kasihnya para sahabat Rasulullah terhadap baginda s.a.w di saat baginda hendak meninggalkan mereka. Sesungguhnya pemergian Rasulullah masih terasa di setiap hati umatnya hinggala ke hari kiamat. Kasih nya kepada umatnya terlalu kuat sehingga masih terasa ke hari ini. Selaku umatnya yang bertuah, sama2lah kita memperbanyakkan selawat ke atasnya. Sesungguhnya Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir dan sangat di cintai oleh Allah s.w.t, dan sesiapa yang mencintainya, Allah juga akan mencintanya. Selawat dan salam yang tidak putus2 keatas nabi junjungan mulia serta ahli keluarha baginda yang sanggup bekorban demi kita agar dapat mengenal agama yang sebenar-benarnya.

AhLAn Wa Sahlan........^_^

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, ana memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran, kerana atas nikmat dan kurnianya, ana di beri peluang untuk berkongsi sedikit pengetahuan dengan antum semua. Ana berharap penulisan ana pada kali ini, dapat memberi manfaat dan iktibar buat kita semua, selaku umat nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman ini. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita yang mulia beserta keluarga baginda s.a.w. Moga, kita semua tergolong sebagai umat yang baginda sangat cintai. Amin Ya Rabbal alamin.