About Me

pimpin diri mengikut tauladan yang baik..dan diriku adalah aku...no hipokrit..

Monday, October 24, 2011

BELAJAR ERTI TAWAKAL DARIPADA SEEKOR SEMUT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, hari ne ana nak ajak antum semua melihat kisah seekor semut pada pemerintahan Nabi Sulaiman as.

Di kisahkan bahawa Sulaiman Bin Daud adalah satu-satunya nabi yang mempunyai keistimewaan daripada Allah S.W.T sehingga dapat memahami bahasa binatang. Dengan kebesaran Allah S.W.T sewaktu Nabi Sulaiman menghimpunkan tentera-tenteranya yang terdiri daripada manusia, jin dan burung agar beratur dalam barisan, mereka telah melalui lembah semut, lalu berkatalah seekor semut:

‘Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari’.
Maka, tersenyumlah Nabi Sulaiman dan tertawa kerana mendengar perkataan semut tersebut. Lalu, bersyukurlah ia kehadrat Allah S.W.T atas segala nikmatnya. Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari ia bertanya kepada seekor semut:

‘Wahai semut! Berapa banyak engkau peroleh rezeki dari Allah dalam waktu 1 tahun?’

‘Sebesar biji gandum’. Jawab semut tersebut.

Lalu Nabi Sulaiman memberi semut tersebut sebiji gandum dan memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap setahun, Nabi Sulaiman membuka botol tersebut dan mendapati masih terdapat sebahagian biji gandum yang belum di makan.

‘Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?’ Tanya Nabi Sulaiman kepada semut tersebut.
Semut itu menjawab, ‘ Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah S.W.T. Dengan tawakal kepadanya, aku yakin bahawa dia tidak akan melupakanku. Namun, ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau ingat akan aku pada tahun berikutnya sehingga memperoleh sebiji gandum lagi. Lantaran itu, aku harus tinggalkan sebahagian bekal untuk tahun berikutnya.’

Meskipun Nabi Sulaiman kaya raya, namun kekayaannya terbatas dan yang maha kaya secara mutlak adalah Allah S.W.T semata-mata. Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Dan sebaik-baik tempat bergantung hanyalah kepada Allah S.W.T. Dan ini diketahui oleh seekor semut Nabi Sulaiman.

Begitulah kisah seekor semut yang berserah diri hanya semata-mata kepada Allah S.W.T. Subahanallah.. Namun, bagaimanakah dengan kita??
Justeru, masih wujudnya manusia yang kerap meminta pertolongan daripada jin dan melakukan amalan ritual yang hanya membawa kepada kesesatan. Allahualam. Semoga dengan kisah yang pendek ini, kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripadanya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment