About Me

pimpin diri mengikut tauladan yang baik..dan diriku adalah aku...no hipokrit..

Thursday, October 27, 2011

Ketika Cinta Bertasbih

Alhamdulillah.. segala puji ana panjatkan kehadrtat Allah S.W.T atas segala kurnianya..
Hari ne, ana nak story sikit cerita tntng KCB..

Sudut Pandangan ana.
1. Cerita nya sangt menarik.Sebuah kehidupan islam yang indah.
2. Membuai jiwa remaja.
3. Kehidupan yang sangat berserah kepada Allah semata-mata.

huu... syok dapat tengok episod awl nya.hehe. sebenarnya bukan lah kali pertama ana tgk cerita ne. tp, da lama da.hehe.
cuma ulang balik ja..Bagi ana, cerita ini memberi sumber inspirasi dan sumber ketaqwaan yang baru. Setiap remaja yang sudah tiba masanya dan saat untuk diijab kabul, tidak perlulah merasa tergesa2 nak mencari jodoh.

Percaya akan janji Allah,itu sudah cukup sebenarnya. erm..sebenarnya ckit ja yg ana nak cerita hari ne..hehe..ne kira penutup post untuk bulan ne la yer..
Last but not least.. nak cari kembar khairul azzam la.hehe.. kembar sikap je..hehe.. insyaAllah..erm.crt soal jodoh2 ne, ana malas nak fikir.sbb,x fikit lg nak kahwin.so,xleh la nak fikir soal, siapa? skrg ne just doa n be the one who Allah love, and then, you will get the one, who give his love to Allah also. so, it will be fair right?.. ^_^...

Monday, October 24, 2011

BELAJAR ERTI TAWAKAL DARIPADA SEEKOR SEMUT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, hari ne ana nak ajak antum semua melihat kisah seekor semut pada pemerintahan Nabi Sulaiman as.

Di kisahkan bahawa Sulaiman Bin Daud adalah satu-satunya nabi yang mempunyai keistimewaan daripada Allah S.W.T sehingga dapat memahami bahasa binatang. Dengan kebesaran Allah S.W.T sewaktu Nabi Sulaiman menghimpunkan tentera-tenteranya yang terdiri daripada manusia, jin dan burung agar beratur dalam barisan, mereka telah melalui lembah semut, lalu berkatalah seekor semut:

‘Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari’.
Maka, tersenyumlah Nabi Sulaiman dan tertawa kerana mendengar perkataan semut tersebut. Lalu, bersyukurlah ia kehadrat Allah S.W.T atas segala nikmatnya. Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari ia bertanya kepada seekor semut:

‘Wahai semut! Berapa banyak engkau peroleh rezeki dari Allah dalam waktu 1 tahun?’

‘Sebesar biji gandum’. Jawab semut tersebut.

Lalu Nabi Sulaiman memberi semut tersebut sebiji gandum dan memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap setahun, Nabi Sulaiman membuka botol tersebut dan mendapati masih terdapat sebahagian biji gandum yang belum di makan.

‘Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?’ Tanya Nabi Sulaiman kepada semut tersebut.
Semut itu menjawab, ‘ Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah S.W.T. Dengan tawakal kepadanya, aku yakin bahawa dia tidak akan melupakanku. Namun, ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau ingat akan aku pada tahun berikutnya sehingga memperoleh sebiji gandum lagi. Lantaran itu, aku harus tinggalkan sebahagian bekal untuk tahun berikutnya.’

Meskipun Nabi Sulaiman kaya raya, namun kekayaannya terbatas dan yang maha kaya secara mutlak adalah Allah S.W.T semata-mata. Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Dan sebaik-baik tempat bergantung hanyalah kepada Allah S.W.T. Dan ini diketahui oleh seekor semut Nabi Sulaiman.

Begitulah kisah seekor semut yang berserah diri hanya semata-mata kepada Allah S.W.T. Subahanallah.. Namun, bagaimanakah dengan kita??
Justeru, masih wujudnya manusia yang kerap meminta pertolongan daripada jin dan melakukan amalan ritual yang hanya membawa kepada kesesatan. Allahualam. Semoga dengan kisah yang pendek ini, kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripadanya. InsyaAllah.

Sunday, October 23, 2011

DETIK AKHIR MENJELANG KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W

Assalammualaikum semua, pada episod awal ne, ana nak kongsi saat-saat akhir Rasulullah s.a.w menjelang kewafatannya. Sesungguhnya pemergian nabi junjungan kita yang mulia pasti memberi kesan pada jiwa2 yang sangat merindui baginda s.a.w. Selawat dan salam buat baginda serta ahli keluarganya.
Sahabat yang dikasihi Allah s.w.t, pada saat akhir baginda, baginda telah berkata kepada ahli keluarganya bahawa ajalnya bakal menjelang tiba. Seluruh ahli keluarga baginda berasa sangat sedih. Sehinggalah tiba hari-hari yang sukar buat baginda s.a.w. Baginda menanggung kesakitan selama 18 hari. Setiap hari baginda dikunjungi oleh ramai orang, sehinggalah ke hari isnin, iaitu hari kewafatan baginda s.a.w.

Pada hari terakhir sebelum menjelang kewafatan baginda, iaitu hari ahad, sakit baginda menjadi semakin serius. Ketika selesainya Bilal melaungkan azan, lalu menuju hadapan rumah Rasulullah, Rasullulah memanggilnya dan menyuruh Bilal memerintahkan Abu Bakar untuk mengimamkan solat jemaah. Setelah pergi, Bilal berasa teramat sedih sehingga menyatakan bahawa alangkah eloknya, andai ia tidak dilahirkan oleh ibunya. Lalu, menyampaikan perintah Rasulullah kepada Abu Bakar ra.

Abu Bakar ra. Yang melihat tempat solat rasulullah yang kosong, tidak dapat menahan perasaannya, lalu dia menjerit menangis lalu pengsan. Orang ramai di masjid menjadi bising sehingga didengari oleh Rasulullah. Lalu Rasulullah memanggil saidina Ali ra. Dan Abbas ra. Untuk membimbing baginda ke masjid. Baginda menunaikan solat dua rakaat, kemuadian melihat semua orang dan bersabda:

‘Ya ma’aasyiral muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya dialah penggantiku ke atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah s.w.t , kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari teakhirku di dunia ini’.

Pada keesokan harinya, Rasullulah dikunjungi malaikat maut. Allah mewahyukan malaikat maut supaya turun menemui rasulullah dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan menyuruhnya mencabut nyawa Rasulullah dengan lemah lembut. Dan seandainya Rasulullah mengizinkannya masuk, maka dia boleh masuk, andai tidak, hendaklah ia kembali sahaja.

Rasulullah yang menyedari ketibaan malaikat maut, menyuruh saidatina Fatimah untuk mengizinkannya masuk. Lalu, Rasullulah bertanya hajat malaikat maut, ianya menyatakan hajatnya untuk berziarah sekaligus untuk mencabut nyawanya. Rasulullah bertanya akan Jibril kecintaannya. Lalu Jibril datang dan duduk di sisi baginda.

Rasulullah bertanya, akan apa yang Allah sediakan untuknya. Pertanyaan nya diulang beberapa kali, sehinggalah Jibril menyatakan bahawa Allah mengharamkan syurga kepada semua nabi dan umat, sampai baginda dan umat baginda memasuki terlebih dahulu. Setelah itu, tenanglah hati Rasulullah s.a.w. Lalu, meyuruh malaikat maut mendekati baginda.

Di saat roh baginda sampai ke pusat, baginda berkata: Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.’ Mendengar ucpan itu, Jibril terus berpaling. Rasulullah bertanya: Wahai Jibril, tidakkah engkau suka melihat wajahku?. Jibril menjawab: ‘Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda yang sedang merasakan kesakitan maut?. Akhirnya roh yang mulia telahpun meninggalkan jasad rasulullah.

Daripada itu, dikisahkan dari Said Bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawa Mu’az bin Habal ra. Yang diutuskan oleh baginda s.a.w ke Negeri Yaman selama 12 tahun untuk mengajar telah bermimpi dikunjungi oleh seseorang, dan orang itu mengatakan ‘adakah kamu masih lena tidur Mu’az sedangkan Rasulullah telah berada di dalam tanah’.

Mu’az ra. Terkejut dan bangun menunaikan solat. Lalu, keesokannya dia didatangi mimpi yang sama. Dia yakin bahawa mimpi itu bukan mainan, lalu menjerit sekuatnya, sehingga didengar oleh sesetengah penduduk Yaman. Dia telah membuka mushaf dan terbaca ayat yang menyatakan bahawa setiap yang bernyawa pasti merasakan mati, dan rasulullah adalah seorang rasul, dan andai ia wafat adakah kamu akan berpaling. Mu’az menjerit dan pengsan kerana khuatir andai firasatnya benar. Lalu ia hendak pulang ke Madinah. Dalam perjalanan, ia terdengar suara yang menyatakan bahawa setiap yang benyawa pasti merasai mati. Lalu Mu’az mendekati suara itu. Setelah berjumpa, ia terus bertanya akan khabar Rasulullah. Orang itu, menyatakan bahawa baginda s.a.w telah meninggal dunia. Lalu Mu’az terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Setelah sedar dari pengsan, Mu’az mendengar laungan azan Bilal, dan menyambung seruan azan yang melaungkan nama Muhammad s.a.w, lalu ia pengsan sekali lagi. Bilal meyedarkannya dengan menyampaikan salam rasulullah kepadanya. Apabila ia datang berziarah ke rumah saidatina Fatimah ra. Fatimah ra. Menyatakan bahawa Rasulullah telah bersabda: Orang yang paling di antara kamu perihal halal dan haram ialah Mu’az bin Jabal, dia adalah kekasih Rasulullah s.a.w.’
Rasulullah juga telah meyuruh saidatina Fatimah untuk menyampaikan salamnya kepada Mu’az dan menyatakan bahawa ianya kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.


Begitulah kasihnya para sahabat Rasulullah terhadap baginda s.a.w di saat baginda hendak meninggalkan mereka. Sesungguhnya pemergian Rasulullah masih terasa di setiap hati umatnya hinggala ke hari kiamat. Kasih nya kepada umatnya terlalu kuat sehingga masih terasa ke hari ini. Selaku umatnya yang bertuah, sama2lah kita memperbanyakkan selawat ke atasnya. Sesungguhnya Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir dan sangat di cintai oleh Allah s.w.t, dan sesiapa yang mencintainya, Allah juga akan mencintanya. Selawat dan salam yang tidak putus2 keatas nabi junjungan mulia serta ahli keluarha baginda yang sanggup bekorban demi kita agar dapat mengenal agama yang sebenar-benarnya.

AhLAn Wa Sahlan........^_^

Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, ana memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran, kerana atas nikmat dan kurnianya, ana di beri peluang untuk berkongsi sedikit pengetahuan dengan antum semua. Ana berharap penulisan ana pada kali ini, dapat memberi manfaat dan iktibar buat kita semua, selaku umat nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman ini. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita yang mulia beserta keluarga baginda s.a.w. Moga, kita semua tergolong sebagai umat yang baginda sangat cintai. Amin Ya Rabbal alamin.