About Me

pimpin diri mengikut tauladan yang baik..dan diriku adalah aku...no hipokrit..

Sunday, October 23, 2011

DETIK AKHIR MENJELANG KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W

Assalammualaikum semua, pada episod awal ne, ana nak kongsi saat-saat akhir Rasulullah s.a.w menjelang kewafatannya. Sesungguhnya pemergian nabi junjungan kita yang mulia pasti memberi kesan pada jiwa2 yang sangat merindui baginda s.a.w. Selawat dan salam buat baginda serta ahli keluarganya.
Sahabat yang dikasihi Allah s.w.t, pada saat akhir baginda, baginda telah berkata kepada ahli keluarganya bahawa ajalnya bakal menjelang tiba. Seluruh ahli keluarga baginda berasa sangat sedih. Sehinggalah tiba hari-hari yang sukar buat baginda s.a.w. Baginda menanggung kesakitan selama 18 hari. Setiap hari baginda dikunjungi oleh ramai orang, sehinggalah ke hari isnin, iaitu hari kewafatan baginda s.a.w.

Pada hari terakhir sebelum menjelang kewafatan baginda, iaitu hari ahad, sakit baginda menjadi semakin serius. Ketika selesainya Bilal melaungkan azan, lalu menuju hadapan rumah Rasulullah, Rasullulah memanggilnya dan menyuruh Bilal memerintahkan Abu Bakar untuk mengimamkan solat jemaah. Setelah pergi, Bilal berasa teramat sedih sehingga menyatakan bahawa alangkah eloknya, andai ia tidak dilahirkan oleh ibunya. Lalu, menyampaikan perintah Rasulullah kepada Abu Bakar ra.

Abu Bakar ra. Yang melihat tempat solat rasulullah yang kosong, tidak dapat menahan perasaannya, lalu dia menjerit menangis lalu pengsan. Orang ramai di masjid menjadi bising sehingga didengari oleh Rasulullah. Lalu Rasulullah memanggil saidina Ali ra. Dan Abbas ra. Untuk membimbing baginda ke masjid. Baginda menunaikan solat dua rakaat, kemuadian melihat semua orang dan bersabda:

‘Ya ma’aasyiral muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya dialah penggantiku ke atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah s.w.t , kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari teakhirku di dunia ini’.

Pada keesokan harinya, Rasullulah dikunjungi malaikat maut. Allah mewahyukan malaikat maut supaya turun menemui rasulullah dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan menyuruhnya mencabut nyawa Rasulullah dengan lemah lembut. Dan seandainya Rasulullah mengizinkannya masuk, maka dia boleh masuk, andai tidak, hendaklah ia kembali sahaja.

Rasulullah yang menyedari ketibaan malaikat maut, menyuruh saidatina Fatimah untuk mengizinkannya masuk. Lalu, Rasullulah bertanya hajat malaikat maut, ianya menyatakan hajatnya untuk berziarah sekaligus untuk mencabut nyawanya. Rasulullah bertanya akan Jibril kecintaannya. Lalu Jibril datang dan duduk di sisi baginda.

Rasulullah bertanya, akan apa yang Allah sediakan untuknya. Pertanyaan nya diulang beberapa kali, sehinggalah Jibril menyatakan bahawa Allah mengharamkan syurga kepada semua nabi dan umat, sampai baginda dan umat baginda memasuki terlebih dahulu. Setelah itu, tenanglah hati Rasulullah s.a.w. Lalu, meyuruh malaikat maut mendekati baginda.

Di saat roh baginda sampai ke pusat, baginda berkata: Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.’ Mendengar ucpan itu, Jibril terus berpaling. Rasulullah bertanya: Wahai Jibril, tidakkah engkau suka melihat wajahku?. Jibril menjawab: ‘Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda yang sedang merasakan kesakitan maut?. Akhirnya roh yang mulia telahpun meninggalkan jasad rasulullah.

Daripada itu, dikisahkan dari Said Bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawa Mu’az bin Habal ra. Yang diutuskan oleh baginda s.a.w ke Negeri Yaman selama 12 tahun untuk mengajar telah bermimpi dikunjungi oleh seseorang, dan orang itu mengatakan ‘adakah kamu masih lena tidur Mu’az sedangkan Rasulullah telah berada di dalam tanah’.

Mu’az ra. Terkejut dan bangun menunaikan solat. Lalu, keesokannya dia didatangi mimpi yang sama. Dia yakin bahawa mimpi itu bukan mainan, lalu menjerit sekuatnya, sehingga didengar oleh sesetengah penduduk Yaman. Dia telah membuka mushaf dan terbaca ayat yang menyatakan bahawa setiap yang bernyawa pasti merasakan mati, dan rasulullah adalah seorang rasul, dan andai ia wafat adakah kamu akan berpaling. Mu’az menjerit dan pengsan kerana khuatir andai firasatnya benar. Lalu ia hendak pulang ke Madinah. Dalam perjalanan, ia terdengar suara yang menyatakan bahawa setiap yang benyawa pasti merasai mati. Lalu Mu’az mendekati suara itu. Setelah berjumpa, ia terus bertanya akan khabar Rasulullah. Orang itu, menyatakan bahawa baginda s.a.w telah meninggal dunia. Lalu Mu’az terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Setelah sedar dari pengsan, Mu’az mendengar laungan azan Bilal, dan menyambung seruan azan yang melaungkan nama Muhammad s.a.w, lalu ia pengsan sekali lagi. Bilal meyedarkannya dengan menyampaikan salam rasulullah kepadanya. Apabila ia datang berziarah ke rumah saidatina Fatimah ra. Fatimah ra. Menyatakan bahawa Rasulullah telah bersabda: Orang yang paling di antara kamu perihal halal dan haram ialah Mu’az bin Jabal, dia adalah kekasih Rasulullah s.a.w.’
Rasulullah juga telah meyuruh saidatina Fatimah untuk menyampaikan salamnya kepada Mu’az dan menyatakan bahawa ianya kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.


Begitulah kasihnya para sahabat Rasulullah terhadap baginda s.a.w di saat baginda hendak meninggalkan mereka. Sesungguhnya pemergian Rasulullah masih terasa di setiap hati umatnya hinggala ke hari kiamat. Kasih nya kepada umatnya terlalu kuat sehingga masih terasa ke hari ini. Selaku umatnya yang bertuah, sama2lah kita memperbanyakkan selawat ke atasnya. Sesungguhnya Nabi Muhammad adalah nabi yang terakhir dan sangat di cintai oleh Allah s.w.t, dan sesiapa yang mencintainya, Allah juga akan mencintanya. Selawat dan salam yang tidak putus2 keatas nabi junjungan mulia serta ahli keluarha baginda yang sanggup bekorban demi kita agar dapat mengenal agama yang sebenar-benarnya.

No comments:

Post a Comment